spaghetti buatan sendiri tanpa menggunakan instant spaghetti sauce!

Hai, hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk membuat kuah/sos spaghetti tanpa menggunakan instant spaghetti sauce ala melayu... ia juga boleh menjimatkan duit kita...peace! :D

Ok.. so let's get started..

Bahan-bahan :-


  • 3 ulas bawang putih yang telah dicincang halus
  • satu senduk besar bawang merah yang sudah diblender
  • 2 kiub ayam
  • sos tomato
  • sos cili
  • cili merah yang sudah diblender ( sukatan terserah jika mahu pedas letak banyak, dan sebaliknya.)
  • garam
  • gula
  • bahagian dada ayam yang sudah dipotong kecil-kecil
  • satu tin cendawan, potong kecil-kecil
  • tomato dipotong kiub
  • carrot dipotong kiub
  • 2 cawan air kosong


Cara-cara unutk memasak :-


  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah serentak. Kemudian masukkan cili merah yang telah diblender.( jika mahu pedas letak banyak dan sebaliknya). Gaulkan sehingga garing. ( garing = cili itu akan kelihatan sedikit berketul-ketul atau pekat). Make sure , api jangan terlalu besar.
  2. Kemudian, masukkan ayam. Gaulkan sehingga ayam masak.
  3. Selepas itu, masukkan sos tomato dan sos cili. ( mengikut cita rasa anda. Yang penting sos tomato harus lebih daripada sos cili. ).Gaulkan sehingga rata. Kemudian, masukkan dua cawan air kosong. Gaulkan sehingga rata. Tunggu sehingga mendidih sedikit, jangan tunggu sehingga mendidih banyak.
  4. Apabila sudah kelihatan mendidih sedikit, masukkan cendawan, tomato, carrot dan kiub ayam. Gaulkan rata sehingga ia mendidih.
  5. Taburkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Gaulkannya sehinnga rata. 
  7. Apabila ia sudah mendidih . Tutup api dan ia sudah boleh dihindangkan untuk dimakan.

Hidangkannya dengan mee spaghetti.

SELAMAT MENJAMU SELERA.

Comments

Popular Posts