recipe murtabak maggi

Hi people, recipe of the day is "MURTABAK MAGGI"... i hope you'll like it...

sebenarnya, no one taught me how to make it... but i figure it out by myself... saya tahu this kind of food wujud pun when one of my friend at university made that for me... cara membuatnya sangat mudah...kreatif tak saya... (masuk bakul angkat sendiri)... peace yo !


Ok let's get started..

Bahan-bahan :-

  • satu bungkus maggi ( tak kisah apa2 maggi pun and brand apa pun.)
  • rencah maggi yang ada dalam bungkusan maggi yang anda beli.
  • 2 biji telur
  • satu sudu kecil cili merah yang telah diblender
  • garam
  • additional ingredient ( terserah kepada anda semua nak tambah apa. contoh nye :- sosej, fish cake, fish ball and more.)

Cara untuk membuat :-

  1. Pertama sekali rebus maggi sehigga lembut. Jangan buang rencah yang ada dalam bungkusan maggi tersebut.
  2. Sebelum itu, kepada sesiapa ingin tambahkan sosej , fish cake atau lain-lain. Anda harus rebus bahan-bahan tersebut terlebih dahulu. kemudian potong bahan tesebut kecil-kecil.
  3. Kemudian pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk. selepas itu masukkan semua perencah maggi yang ada dalam bungkusan maggi tersebut dan juga sosej atau fish cake yang telah direbus serta cili merah yang telah diblender. kemudian kocok telur itu bersama rencah maggi dan sosej atau fish cake yang dimasukkan tadi sehingga rata.
  4. Kemudian masukkan maggi yang telah direbus sehinnga lembut itu kedalam telur yang telah dikocok bersama dengan rencah maggi tadi. 
  5. Kemudian taburkan garam secukup rasa.
  6. At last but not least, panaskan minyak dalam kuali... kemudian masaknya seperti masak telur dadar... semua orang tahu macam mana nak masak telur dadar kan...hehehe... curahkan semuanya kedalam kuali..
  7. Hidangkannya bersama sos cili. Mayonis pun boleh jugak.. peace!




Senangkan nak buat murtabak maggi..

SELAMAT MENJAMU SELERA
PEACE YO! 

Comments

Popular Posts