KATA-KATA 5
SIAPAKAH SAHABAT KITA SEBENARNYA?
Terdapat perbezaan erti disebalik perkataan Sahabat dan Kawan...
Kawan... ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenai kita,
...dan , apabila seseorang itu menemui individu yang lain yang memeliki persamaan seperti hobi , minat sikap , tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya...
...kita mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan tetapi mereka tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah sekirannya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus...
...manakala...
Sahabat... ialah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita tetapi tidak memiliki hubungan darah...
...orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita dan kita juga begitu...
...mereka juga adalah orang yang sangat menyanyangi kita..
...mereka adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa bersama kita..
Kawan mungkin senang kita cari... tetapi bertemu seorang sahabat tidak mudah yang kita sangkakan...
CIRI-CIRI SAHABAT YANG BAIK....
Al-Qamah seorang sahabat Rasulullah menasihati anaknya, jika ingin memilih sahabat, pilihlah sahabat yang...
- orang yang suka melindungi sahabatnya, dia jadi hiasan diri kita dan jika kita kurang nafkah, dia mencukupkan keperluan kita..
- pilihlah sahabat yang apabila engkau hulurkan tangan untuk memberi jasa baik atau bantuan, dia menerima dengan rasa terharu. Jika dia melihat kebaikan yang ada pada diri kau, dia akan suka menyebut kebaikanmu..
- pilihlah sahabat yang jika ia tahu keburukan mu, dia akan menutup keburukan itu..
- pilihlah sahabat yang engkau meminta sesuatu daripadanya pasti dia akan memberi, jikalau engkau diam dia menyapa dahulu dan jika engkau ada sesuatu kesukaran menimpa dirimu, dia akan membantu meringankan serta menghiburkan hatimu..
- pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia akan membenarkan ucapan bukan selalu mempercayainya sahaja..
- jika engkau kemukakan sesuatu persoalan yang berat dia akan usahakannya, dan jika engkau berselisih dengannya dia akan mengalah untuk kepentingannmu..
- teman yang paling baik adalah apabila kamu lihat wajahnya, kamu akan teringat ALLAH, apabila dgr kata-katanya menambahkan ilmu agama dan apabila melihat gerak-gerinya teringat mati..
Kepada sesiapa yang mempunyai sahabat...alhamdulillah,
kepada sesiapa yang tidak mempunyai...jangan bersedih... ALLAH akan sentiasa berada disisimu..
Comments
Post a Comment