CABBAGE DIET ATAUPUN DIET KUBIS
Pernahkah anda dengar tentang Cabbage Diet ataupun diet kubis?
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang diet kubis ini. Terutama sekali kepada kaum hawa, kepada kaum adam yang ingin mencuba diet ini tidak salah sama sekali.
Diet kubis ini adalah satu cara untuk menurunkan berat badan seseorang dengan cepat dalam masa satu minggu. Kepada sesiapa yang ingin menurukan berat badan dengan cepat tanpa menjejaskan kesihatan anda, Diet kubis adalah jalan penyelesaiannnya. Ini kerana , saya telah mengamalkan diet ini. Berat badan saya turun 2kg dalam satu minggu. Jika anda tidak percaya, anda boleh cuba amalkan diet ini.
Walaubagaimanapun, diet kubis ini hanya boleh diamalkan 3 minggu sekali. Ingat hanya 3 minggu sekali!
Jom Kita Berdiet !... :D
Pelan makan anda untuk seminggu.:-
Hari Pertama :-
Hari ini adalah hari buah-buahan : Anda boleh makan buah kegemaran anda sebanyak yang mungkin untuk satu hari kecuali pisang. Buah-buahan adalah lauk utama anda untuk hari pertama.
Hari Kedua :-
Hari ini adalah hari sayur-sayuran : Anda hanya boleh makan sayur-sayuran sahaja. Anda boleh makan sayur-sayuran samada mentah ataupun yang masak. Dan cuba elakkan daripada makan kacang dan jagung. Kentang bakar sebagai ganjaran anda pada hari ini.
Hari Ketiga :-
Untuk hari ketiga pula anda hanya dibenarkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja. Kentang bakar tidak dibenarkan.
Hari Keempat :-
Pisang dan susu skim: Anda hanya boleh makan pisang sebanyak yang mungkin dan minum susu skim sebanyak yang mungkin. Hari ini adalah hari pengajaran anda untuk hilangkan tabiat yang suka akan makanan yang manis.
Hari Kelima :-
Daging Dan Tomato: Sepuluh hingga dua puluh auns daging dan enam tomato segar. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air hari ini untuk mencuci asid urik dari badan anda. Anda boleh makan ayam yang dipanggang ataupun yang dibakar(tetapi kulit ayam sama sekali tidak boleh dimakan). Anda boleh menggantikan ikan panggang jika anda tidak mahu makan daging (tetapi tidak boleh makan kedua-duanya sekali).
Hari Keenam :-
Daging dan Sayuran: Makan daging dan sayur-sayuran hari ini. Anda boleh makan sepuas-puasnya. Hanya daging dan sayur-sayuran sahaja. Sup juga boleh disertakan.
Hari Ketujuh :-
Pada hari ini anda boleh makan apa-apa sahaja kecuali makanan yang manis.
Kunci untuk berjaya menurunkan berat badan adalah :-
- Minum air yang banyak
- Ikut pelan diet yang telah diberi
- Disiplin
- Dedikasi
- Amalkan diet ini hanya tujuh hari sahaja.
- Senaman yang konsisten
Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang diet ini anda boleh klik ini.
Terima kasih. Selamat maju jaya. Peace Yo!
Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment