Penjagaan Kulit yang sensitif dan terlalu kering
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini saya ingin berkongsi rutin untuk menjaga muka bagi sesiapa yang mempunyai kulit yang sensitif dan kulit yang terlalu kering. Ini kerana saya sendiri mempunyai kulit yang sensitif dan terlalu kering. Alhamdulillah saya telah mengguna produk yang sesuai dengan kulit muka yang saya sensitif dan yang terlalu kering ini. Maka hari ini saya ingin berkongsi kepada sesiapa yang tidak menjumpa lagi produk yang sesuai dengan kulit yang sensitif dan yang terlalu kering. Apa-apapun kalau tanpa keizinan Allah , tidak menjadi juga. Tapi tidak salah untuk berusaha untuk mencuba dan mencari. Kita yang merancang Tuhan yang menentukan. Ok. Jom kit mula...
SELAMAT DATANG KE SPA MODERATE.
Ini adalah produk rutin harian pejagaan muka saya !
Pertama sekali adalah pencuci muka. Saya menggunakan pencuci muka produk cetaphil. Alhamdulillah, ia sangat sesuai dengan kulit muka saya yang sensitif dan terlalu kering ini. Ia membantu untuk melembabkan muka kita yang kering. Doktor pakar kulit sendiri yang mengesyorkan produk ini kepada saya. Produk ini tidak mengandungi banyak bahan kimia.
Ini adalah scrub saya. Saya mengunakan OXY icy cool ini hanya dua kali dalam seminggu. Ia tidak pakai pada setiap hari, ini kerana ia akan membuat muka anda menjadi lebih kering. Jadi pakainya sekali atau dua kali seminggu. Ini akan membersihkan muka kita daripada sel-sel mati dan dapat menyegarkan muka kita. Produk ini sesuai dengan kulit muka saya. Alhamdulillah.
Ini pula toner GARNIER AQUA DEFENSE yang saya guna untuk menjaga muka saya yang sensitif dan terlalu kering ini. Toner sangat penting untuk muka kita. Ia dapat membersihkan lagi muka kita setelah basuh dengan pencuci muka. Ia juga dapat menyegarkan kulit kita. Disamping itu, ia juga dapat mengecilkan pori-pori kita dan dapat melembabkan muka kita. Saya mengunakannya dua kali sehari iaitu pagi dan malam. Alhamdulillah.
Ini pula adalah krim pelembab yang saya guna iaitu Cetaphil Moisturizing Cream. Ini adalah disyorkan oleh doktor pakar kulit sendiri kepada saya. Alhamdulillah ia sangat serasi dengan kulit muka saya. Saya memakainya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Ia dapat membantu melembabkan muka kita yang terlalu kering. Alhamdulillah.
Ini pula adalah sunblock muka yang saya gunakan iaitu NANO White omega day shield SPF 50 skin color. Saya pakainya hanya ketika saya ingin keluar pada waktu tengah hari sahaja. Memandangkan ianya adalah sunblock iaitu menghalang matahari daripada membakar kulit kita , jadi hanya pada waktu tengah hari matahari muncul. hehehe.. Sunblock sangat penting untuk kulit kita untuk mengelak daripada jeragat muncul dimuka kita. Perkara ini sendiri telah diberitahu oleh pakar kulit kepada saya. Alhamdulillah produk ini juga serasi dengan kulit saya. Alhamdulillah.
Ini pula adalah mask yang saya guna iaitu produk Freeman Facial Clay Mask Avocado & Oatmeal. Ini pula saya gunakannya hanya sekali atau dua kali seminggu. Ini dapat menenangkan kulit muka kita dan ia juga dapat mengelakkan jerawat daripada tumbuh dan ia juda dapat mengecilkan pori-pori. Alhamdulillah.
Ini pula adalah produk yang dapat menghilangkan parut yang ada pada badan dan di muka saya iaitu Bio Oil. Produk ini sangat efektif jika pengguna itu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan rajin untuk menggunakanya. Alhamdulillah ia dapat menghilangkan parut yang ada. Alhamdulillah.
Itu sahaja produk yang saya guna untuk menjaga muka saya seharian. Saya harap ini dapat membantu anda. Selamat mencuba.. Assalamualaikum dan selamat tinggal.
BEING MODERATE IS AWESOME!
Comments
Post a Comment